
|
Anda Dalam Laman |
|
www.kupang.biz |
|
Kumpulan Syarikat Les Moules |
|
Diperbadankan sejak 2004. |
|
Restoran Kupang |
|
© 2008 Les Moules Holdings Sdn Bhd. All rights reserved. |
|
Dua gerai makanan, Les Moules Restoran Kupang, telah dibuka dengan menyajikan lebih 30 jenis menu hidangan kupang. Yang pertama di Ukay Perdana, Hulu Klang Selangor pada November 2004 dan satu lagi di Danga Bay, Johor Bahru, Johor pada Mac 2005.
Memandangkan konsep restoran hidangan kupang ini adalah sesuatu yang baru dan masih asing bagi masyarakat Malaysia, ia telah menjadi medan percubaan bagi makanan ini. Selain itu, ia juga menjadi tempat pengawasan ke atas penerimaan pelanggan terhadap hidangan kupang dan disamping itu, ia juga menjadi tempat promosi dan tempat menyalurkan maklumat kepada pelanggan mengenai khasiat dan kebaikan kupang.
Les Moules Restoran Kupang mendapat respon yang menggalakkan tetapi terpaksa ditutup pada Mac 2006 bagi membolehkan kami menumpukan sepenuh perhatian ke atas perniagaan baru iaitu pemprosesan dan pemasaran kupang sejuk beku dan produk kupang kering. Usaha membuka semula konsep hidangan berasaskan kupang, kali ini dengan konsep francais untuk pasaran dalam dan luar negara akan dilaksanakan sekiranya ada pelabur yang berminat untuk menyertai kami menjayakannya. |





