
|
Anda Dalam Laman |
|
www.kupang.biz |
|
Kumpulan Syarikat Les Moules |
|
Diperbadankan sejak 2004. |
|
Pemasaran |
|
© 2008 Les Moules Holdings Sdn Bhd. All rights reserved. |
|
Produk-produk dibawah jenama ‘Mr Mussel’ kini sedang mendapat sambutan dan perhatian yang sangat menggalakkan. Beberapa agen dan pasaraya mini di sekitar Selangor sudah mula menerima produk-produk kupang setelah jualan terhadapnya mendapat sambutan mengalakkan.
Produk-produk ini juga telah mendapat perhatian dari Pasaraya Hyper, JUSCO dimana ia akan mula dipasarkan dibeberapa lokasi pilihan sekitar Lembah Kelang sedikit masa lagi.
Selain JUSCO, beberapa rangkaian restoran tempatan juga telah mula menggunakan produk kupang keluaran Les Moules sebagai salah satu menu hidangan. Kami juga telah menerima banyak pertanyaan mengenai produk Kupang dari agen-agen dalam negeri untuk pasaran luar negara. Kami kini sedang dalam tindakan susulan..
Terkini, syarikat telah diminta untuk membekalkan produk sejukbeku kepada pengusaha hasil perikanan terkenal dalam kuantiti besar mulai awal tahun 2008. Untuk pasaran Singapura pula, usaha penghantaran produk dijangka akan dilakukan dalam sedikit masa lagi. Penyertaan dalam pameran dan ekspo untuk memperkenalkan produk Mr Mussel di Singapura juga akan dimulakan.
|













|
Beberapa aktiviti promosi kupang di ekspo dan pameran sepanjang tahun 2006 dan 2007. |