
|
Anda Dalam Laman |
|
www.kupang.biz |
|
Kumpulan Syarikat Les Moules |
|
Diperbadankan sejak 2004. |
|
Proses & Pengilangan |
|
© 2008 Les Moules Holdings Sdn Bhd. All rights reserved. |
|
Kami menjalankan aktiviti pemprosesan melalui syarikat Les Moules Siswazah Sdn Bhd di sebuah kilang yang terletak di Jalan Kesang Laut, Muar, Johor. Kilang ini telah mula beroperasi pada pertengahan tahun 2006 dengan kapasiti memproses kupang hidup seberat 400-500 kg sehari. Dengan sokongan daripada Jabatan Perikanan, kapasiti memproses kupang telah dapat ditingkatkan kepada 1,000 - 1,500 kg sehari mulai Februari 2008.
Kupang-kupang hidup yang diperolehi dari tapak-tapak ternakan terpilih di proses dengan menggunakan teknik penyulingan ‘Aqua Depuration’, sentuhan wap panas dan proses penyejatan bagi menjamin kebersihan dan meningkatkan kualiti isi kupang tersebut.
Selain kupang, kerangan lain termasuk siput juga melalui proses ini.
Kupang dan kerangan dibungkus menggunakan teknik 'top seal' dengan sokongan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Penghantaran produk sejuk beku sehingga 800kg dihantar menggunakan lori sejuk beku milik syarikat.
|
|
Teknik memproses kupang berimpak tinggi dan moden mula digunakan pada awal tahun 2008. |



