

|
Anda Dalam Laman |
|
www.kupang.biz |
|
Kumpulan Syarikat Les Moules |
|
Diperbadankan sejak 2004. |
|
Asas Kupang & Khasiat |
|
© 2008 Les Moules Holdings Sdn Bhd. All rights reserved. |
|
Kupang Malaysia terdiri daripada spesi ‘Asian Greenshell Mussel’ atau nama saintifiknya ‘Perna Viridis’. Spesi lain yang lebih dikenali adalah ‘Blue Mussel’ atau ‘Mytilus Edulis’ dari benua Eropah dan ‘Green-lipped Mussel’ atau ‘Perna Canaliculus’ dari negara New Zealand. Negara-negara Eropah terutamanya telah menjadikan kupang sebagai makanan kegemaran mereka melalui pelbagai sajian yang enak sejak lebih 300 tahun dahulu.
Kini, benua Amerika dan negara Australia pula rancak membangunkan perusahaan kupang kerana permintaannya kini semakin tinggi. Kupang adalah sumber protin tinggi yang mengandungi khasiat semulajadi nutrien seperti Manganese, Sodium, Magnesium, Zinc, Selenium, Folate dsb.
Juga mengandungi vitamin seperti Thiamin, Niacin, Riboflavin, Amino Acid dsb. Kandungan nutrien dan vitamin ini sangat tinggi berbanding dengan sumber daging biasa seperti ayam, lembu dan ikan. Sumber nutrien dan vitamin ini dapat membantu meningkatkan sistem sokongan dan ketahanan diri.
|
|
Amalan memakan kupang dapat membantu menghindari diri seseorang dari diserang pelbagai penyakit kronik seperti risiko serangan sakit jantung dan kanser, disamping membantu meningkatkan kesihatan diri dan melambatkan proses penuaan. Lebih menakjubkan lagi, kupang juga mengandungi Vitamin C – (Ascorbic Acid) yang lazimnya hanya terdapat pada buah-buahan sahaja dan kadar kandungan kolesterol pula adalah yang terendah. Ia juga mengandungi kompaun berguna seperti Iodin.
Kupang sangat baik untuk dimakan oleh semua lapisan masyarakat. Sebagai langkah keselamatan pemakanan dari bakteria perosak dan langkah meningkatkan mutu produk, syarikat kami menggunakan proses ‘Aqua Depuration’, iaitu suatu sistem sulingan ke atas kupang-kupang hidup sebelum diproses.
Proses ini seiring dengan kehendak GMP dan HACCP. Melalui sentuhan proses ini, kupang-kupang keluaran Les Moules adalah jauh lebih bersih dan selamat. |

