
|
Anda Dalam Laman |
|
www.kupang.biz |
|
Kumpulan Syarikat Les Moules |
|
Diperbadankan sejak 2004. |
|
Ternakan |
|
© 2008 Les Moules Holdings Sdn Bhd. All rights reserved. |
|
Kami mendapatkan bekalan kupang hidup melalui beberapa penternak di sekitar negeri Johor.
Penternak menternak kupang melalui beberapa kaedah diperairan air payau, antaranya dengan mengantungkan tali kedalam laut dari atas kelong tetap, kelong apong atau apongan tong.
Pembenihan dan pembesaran kupang pada masa kini di lakukan secara semula jadi. Ini menyebabkan kupang melalui pusingan tuain yang bermusim.
Kupang boleh di tuai setelah mencapai umor 6 - 7 bulan dengan ukuran 5 - 6cm. Satu bongkah kupang pada tali boleh mencapai antara 50 - 60 kg. Kelewatan menuai memungkinkan bongkah akan jatuh ke dasar. Keadaan ini menyebabkan saiz kupang yang lebih besar kurang dipasaran dan menyebabkan tempoh tuaian menjadi pendek.
Penternak juga harus peka untuk menuai pada masa yang sesuai kerana kupang dewasa akan kerap melepaskan telur. Keadaan ini akan menyebabkan isi kupang menjadi kurus. Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah ini dan ia memerlukan pelaburan yang agak tinggi.
Pengalaman banjir besar yang berlaku di Johor pada akhir tahun 2006 dan berlarutan hingga awal 2007 telah menyebabkan bekalan terputus apabila kupang yang telah matang dihanyutkan oleh arus banjir. Dan seterusnya terpaksa menunggu sehingga hampir 10 bulan untuk mendapatkan semula bekalan. Kupang hanya dapat dibekalkan oleh penternak pada suku ketiga akhir 2007.
Kami kini sedang berusaha untuk melibatkan diri dalam sektor ternakan agar dapat menstabilkan bekalan kupang sepanjang tahun. Di samping itu, kami juga berharap dapat membangunkan teknik pembenihan, pengemukkan isi, penternakan dan penuaian dengan menggunakan teknologi yang telah sedia-ada.
Walaubagaimanapun, untuk menggunakan teknologi ini tentunya melibatkan modal kewangan yang besar. Kami dengan ini mengalu-alukan para pelabur yang ingin turut serta memajukan sektor ini bersama. |






|
Beberapa cara ternakan kupang di perairan Malaysia. |
|
Perbandingan kupang tempatan dan kupang New Zealand. |
|
Teknik penggemukan ‘triploidy’. |