


|
Kepada ANDA, terima kasih kami rakamkan kepada semua yang telah menyokong kami secara langsung atau tidak langsung. Di antaranya kepada pembeli-pembeli runcit, pelanggan tetap borong dan restoran, agen pengedar dan tidak ketinggalan kepada pekerja kami. Juga kepada agensi-agensi kerajaan terutamanya Jabatan Perikanan peringkat Pusat, Negeri Johor dan Daerah Muar, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) peringkat Pusat dan Negeri Johor, Persatuan Nelayan Daerah Kesang, Majlis Amanah Rakyat (MARA) Daerah Muar dan Small Medium Industries Development Corporation (SMIDEC). |
|
Selamat Datang ke Laman Utama |
|
www.kupang.biz |
|
Kumpulan Syarikat Les Moules |
|
Diperbadankan sejak 2004. |


|
Kepada PENIAGA, kami mengalu-alukan sokongan tuan-puan untuk menjadi agen pengedar sejukbeku dan kepada pemilik restoran untuk menawarkan hidangan kepada pelanggan-pelanggan. |
|
Kepada PELABUR, kami membuka peluang perniagaan ini kepada tuan-puan yang berminat untuk menyertai kami memantapkan industri yang berpotensi ini secara berimpak tinggi. Peluang untuk ke pasaran global sangat tinggi tetapi tanpa suntikan modal pembangunan yang diperlukan, usaha memartabatkan industri ini akan hanya tinggal satu impian sahaja. |
|
KEKUATAN PRODUK kami Cara penyediaan dan pemerosesan sumber menggunakan teknik inovasi sulingan depurasi, wap panas dan penyejatan. Konsep penawaran produk adalah 'mudah dimasak' dan 'sedia dimakan'. |
|
Mukadimah |
|
WAWASAN kami adalah untuk menjadi usahawan berjaya dan terkenal dalam industri yang kami ceburi iaitu melibatkan sumber akuakultur khasnya kupang dan kerangan lain. Kami berhasrat untuk mencapai kejayaan ini dengan perolehan keuntungan bersih RM200k setahun selewat-lewatnya pada awal 2010, insyAllah. |
|
MISI kami adalah menjalankan aktiviti perniagaan secara berintegrasi penuh melalui aktiviti ternakan, pembekalan alatan, pemprosesan sumber, pemasaran dan jualan produk, penyediaan hidangan makanan laut dan khidmat nasihat. Kami akan melaksanakannya dengan penuh kejujuran agar pelanggan dapat menikmati produk kami dengan penuh keyakinan khasnya dari segi kandungan dan kesucian penyediaan sumber dalam menghasilkan produk halal berkualiti tinggi. |
|
PRODUK kami ditawarkan dalam pelbagai bentuk mengikut kehendak pasaran, antaranya hidup, segar, sejuk beku, kering dan proses. Produk-produk ini dipasarkan dibawah jenama 'Mr Mussel™'. |
|
Pengumuman |
|
Menarik Di Dalam |
|
The 9th Malaysian International Food & Beverage Trade Fair Putra World Trade Centre 10 - 12 July 2008 |
|
Jumpa Kami di Pameran |

|
Bermula 2 Julai 2008, produk Mr Mussel akan mula di jual dalam Pasaraya Jusco seperti berikut :
|
|
- Bandar Utama - Cheras Selatan - Mid Valley |





|
© 2008 Les Moules Holdings Sdn Bhd. All rights reserved. |
|
Dalam Pembinaan |
|
Dalam Pembinaan |
|
Asas Kupang |
|
Produk |
|
Ternakan |
|
Pembekal |
|
Pengilangan |
|
Pasaran |
|
Restoran |
|
Khidmat |
|
Peruncit |
|
Hubungi Kami |



|
Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) Selangor, 11—23 August 2008 |